Monday, April 18, 2011

DIY : IKEA Meatball


Cadangan hidangan : untuk 4 orang
Masa penyediaan : 30 minit

Bahan-bahan :

1 peket     Graddas
30 ketul    Bebola daging
280 ml      Air
70 ml        Whipping cream


Cara membuatnya :

1. Larutkan whipping cream dengan air dan panaskan sehingga mendidih.
2. Masukkan serbuk Graddas dan kacau sehingga kuah menjadi pekat dan tidak berketul.
3. Masak bebola daging di dalam ketuhar pada suhu tinggi selama 3 minit.
4. Hidangkan bersama kuah Graddas dan kentang goreng atau onion ring. Sedia untuk dimakan.




Bagi mereka yang tidak mempunyai ketuhar seperti saya, 
bolehlah masak bebola daging di dalam kuali seperti gambar di atas





Info to share :

1. Graddas dan bebola daging boleh dibeli di IKEA pada harga RM5.00 sepeket untuk Graddas) dan RM30.00 (untuk sekilo bebola daging). Sepeket Graddas cukup untuk dimakan oleh 4 orang. Bebola daging yang digunakan tidak sampai 1kg, anda boleh gunakan seberapa banyak yang anda mahu, cuma ianya dijual di dalam plastik 1kg.
2. Jika anda tidak mempunya ketuhar, boleh masak bebola daging tersebut dengan menggunakan kuali dan pastikan kuali tersebut ditutup dengan penutup untuk mengempukkan bebola daging.
3. Sedap jika dihidangkan bersama kentang goreng atau onion ring dan juga coleslaw.


Selamat mencuba!!

2 comments:

Anonymous said...

memang ke guna whipping cream ke?

MaSLiNa said...

blh replace dgn susu je... bagus untuk kesihatan.. resepi asal mmg guna whipping cream, tapi sy pernah cuba pakai susu HL yg low fat tu.. ok jugak, cuma kurang rasa lemak