Thursday, April 21, 2011

Resepi dalam pantang : Ikan Goreng Halia Muda

Cadangan hidangan : 1-2 orang
Masa penyediaan : 20 minit

Bahan-bahan :

1-2 ekor ikan parang atau ikan tenggiri
2 inci halia muda **
1/2 biji bawang besar
Sedikit serbuk kunyit ***
Sedikit garam sebagai perasa

Info tambahan :

** Halia muda digunakan banyak sebab ianya baik untuk wanita yang baru lepas bersalin untuk membuang angin di dalam badan. Bagaimanapun, jika anda ingin masak pada hari-hari biasa (bukan untuk dimakan oleh wanita dalam pantang, bolehlah kurangkan penggunaan halia kepada 1 inci sahaja).

*** Lebih baik jika anda menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.

Cara membuatnya :
1. Ikan dibersihkan, dilumurkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Digoreng sehingga garing.
2. Hiris halia muda halus-halus dan mayang bawang besar. Kemudian tumbuk kedua-duanya. Tidak perlu tumbuk sehingga lumat. Cukup sekadar hancur sahaja.
3. Ambil isi ikan yang telah digoreng tadi (buang kepala dan tulang). Gaulkan isi ikan dengan bahan-bahan tumbuk tadi dan panaskan sebentar di dalam kuali (gaul seperti membuat urap)
4. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama nasi yang masih hangat.

0 comments: