Friday, April 22, 2011

Resepi Bonda : Puding Karamel

Cadangan hidangan : 7-8 orang
Masa penyediaan : 60 minit

Bahan-bahan :
5 biji telur
1 tin kecil susu pekat F&N
2 tin air (guna sukatan tin susu pekat F&N)
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu gula pasir (untuk dihanguskan pada periuk)



Cara membuatnya :
1) Masukkan kesemua bahan iaitu telur, susu pekat, air tepung kastard dan esen vanila ke dalam bekas untuk dilarutkan.
2) Hanguskan gula pasir pada permukaan periuk yang akan digunakan untuk mengukus.
3) Setelah gula hangus, masukkan bahan-bahan yang telah dilarutkan dan kukus selama ½ jam di dalam pengukus.
4) Sejukkan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidang.
5) Enak dihidang bersama cocktail buah-buahan.

2 comments:

apiq putra said...

kegunaan esen vanilla utk hilangkan hanyir telur ke?

MaSLiNa said...

haah.. esen vanila utk hilangkan bau hanyir telur