Tuesday, April 26, 2011

Resepi dalam pantang : Ikan Bilis Masak Lemak Lada Hitam

Cadangan hidangan : untuk 1-2 orang
Masa penyediaan : 30 minit

Bahan-bahan :

Ikan bilis (sukatan ikut kehendak masing-masing) *
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)**
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup ***
Sedikit lada hitam

Info tambahan :
* Pastikan kepala ikan bilis tersebut telah dibuang dan dibersihkan
** Boleh gantikan santan pekat dengan susu cair atau susu segar untuk menjaga kesihatan.

*** Guna kunyit hidup lebih baik dari serbuk kunyit kerana khasiatnya banyak terutamanya untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.

Cara membuatnya :

1. Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
2. Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
3. Jerang atas api, dan pastikan anda kacau selalu supaya tidak nanti naik minyak (macam kita buat masak lemak cili padi).
4. Agak² dah mendidih, masukkan ikan bilis dan tunggu sampai masak.
5. Sedap jika dihidang bersama nasi panas dan ulam pegaga.

0 comments: