Monday, April 11, 2011

Simple Tiramisu Cake

** Gambar untuk entry ni boleh didapati di sini


Cadangan hidangan : untuk 6-7 orang, atau lebih
Masa penyediaan : 20 minit

** sedia untuk dimakan selepas 3 jam disejukkan di dalam peti sejuk

Bahan-bahan :
3 biji Telur (asingkan kuning dan putih telur)
250 gm Mascarpone cheese
10 ml Esen Vanila
1/2 cawan Gula halus / gula kaster
1 sudu makan Nescafe / Kopi
1 cawan air panas (untuk larutkan Nescafe)
Sedikit serbuk koko untuk hiasan
Sponge cake / chiffon cake sebagai base atau Lady Fingers (Savoiardi)


Cara membuatnya :
1. Bancuhkan Nescafe dengan satu cawan air panas (tanpa gula).
2. Satukan mascarpone cheese, esen vanila, kuning telur dan gula. Pukul sehingga kembang (sehingga rupa seperti krim).
3. Pukul putih telur sehingga kembang dan berbuih (sehingga melekat pada bekas dan tidak jatuh bila diterbalikkan). Kemudian gaul bersama dengan adunan krim sehingga sebati.
4. Potong kek span dan susun di dalam bekas sebagai base. Lebihan kek diasingkan dahulu.
5. Tuangkan bancuhan Nescafe ke atas kek tadi (bahagian base). Kek akan menjadi lembab.
6. Sapukan adunan krim tadi ke atas kek. Kemudian lapiskan kek lebihan tadi di atas krim tersebut.
7. Ulangi proses 6 sehingga semua krim dan kek habis digunakan.
8. Simpan di dalam fridge sekurang-kurangnya selama 3 jam supaya krim dan kek tadi menjadi mesra dan tidak terlerai.
9. Taburkan sedikit serbuk koko sebagai hiasan dan sedia untuk dihidangkan.

Tips : Kalo susah nak cari mascarpone cheese ni, bleh la digantikan dengan Philadelphia cream cheese dan dicampur dengan whipping cream (sukatan ikut sesuka hati dan sesedap rasa). Sponge cake tu, bleh beli perisa apa pun. Kalo rajin, bleh buat kek sendiri, tapi saya takde oven kat umah, jadinyaaa.. beli saja laaa. Recipe sebenarnya dari Itali ni menggunakan biskut Lady Fingers (Savoiardi cookies a.k.a biskut lemau Itali) yang dicelup ke dalam brewed coffee tapi dah nama pun orang Malaysia, maka saya ubah la resepi ni cara Asia. Saya guna Decaffeinated BonCafe. Kalo nak rasa 'kick' mcm Tiramisu yang kat Secret Recipe, bleh la gantikan Nescafe tu dgn brewed coffee atau Espresso (guna kopi mahal mungkin akan rasa sedap kot, bleh la beli ikut kemampuan... tapi saya tak pernah try ye.. dah nama pun 1st attempt, harus la cuba dgn menggunakan bahan² murah.. nanti akan di 'improvise' kemudian :p)

** Tapi kan, chef Itali selalu mengatakan, "There is no Tiramisu without mascarpone cheese, so, don't try to substitute mascarpone cheese with cream cheese"... hmmm.. nampak sgt betapa chef² ni tak nak resepi Tiramisu diubah sesuka hati dan saya sgt bersetuju dgn pendapat chef tersebut. Mmg lain rasanya kalo kita guna cream cheese berbanding mascarpone cheese ni. Kalo tak percaya, korang try la buat sendiri ye? :D

Info to share : 
Harga Mascarpone cheese = RM9.90 (utk yg dlm peket) hingga RM26.00 (dalam bekas plastik)
Harga Savoiardi (Lady Fingers) = RM15.00 (packs of 48 pieces) ** satu adunan Tiramisu memerlukan 18-25 keping biskut Lady Fingers (bergantung kepada saiz bekas yang digunakan)

** Semua bahan² ini mudah didapati di pasaraya Cold Storage atau Mercato

p/s : Lepas ni bleh save sket duit dari asyik beli tiramisu kek kat Secret Recipe. Resepi ni adalah gabungan dari 3 jenis resipi dari website allrecipes.com, mesra.net dan myresepi.com. So, secara tak langsung bleh la nak kata resepi ni resepi saya sbb dah buat homework dan kajian untuk olah resepi² dari website tu... hehehe (perasantan!!).. FYI, ni adalah kali pertama saya cuba buat cake atau dessert sbb mak mmg tak minat nak baking sejak azali lagi. tapi kenapa ntah sejak terjumpa mascarpone cheese kat NSK baru² ni, mcm over plak rasa nak try mem'baking' yang tak guna oven ini.. heheh.. Ok, selamat mencuba!!

0 comments: