Tuesday, April 26, 2011

Bubur Ayam Ringkas

Cadangan hidangan : untuk 2-3 orang
Masa penyediaan : 30 minit

Bahan-bahan: 
Isi ayam (direbus dan disiat-siat sehingga halus) *
1 cawan beras **
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang lobak merah (potong seperti lidi)
Sedikit minyak (untuk menumis)


Sedikit daun bawang (dipotong halus)
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Air

Info tambahan :
* Seeloknya ambil bahagian dada kerana ada banyak isi.
** Petua supaya beras cepat mengembang / masak ialah rendam beras tersebut selama 30 minit atau lebih selepas dicuci dan dibuang jelantah.

Cara membuatnya: 
1) Halia, bawang merah dan bawang putih dicampurkan dan ditumbuk halus.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan dalam langkah 1) sehingga wangi.
3) Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.
4) Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
5) Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.
6) Masukkan lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)
7) Bubur sedia dihidangkan.

Nota tambahan : Anda boleh juga tambahkan kentang yang telah dipotong dadu sebagai rencah tambahan. Bubur ini juga sesuai untuk kanak-kanak dan bayi yang baru mula makan solid food tetapi pastikan bubur yang telah siap ini dikisar untuk menghaluskan lagi teksturnya.

0 comments: