Friday, May 6, 2011

Resepi dalam pantang : Ikan Haruan Goreng Berempah


Cadangan hidangan :
untuk 1 orang
Masa penyediaan : 20 minit

1 ekor ikan haruan (saiz sederhana)
2 inci halia (boleh guna halia muda)
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam ditumbuk - anggaran sahaja (atau boleh gunakan 2 sudu besar sos lada hitam Chef Wan atau Muslim Best)
2 sudu kecil rempah ikan
Serbuk kunyit (atau kunyit hidup yang ditumbuk halus)
Air asam jawa dan garam secukup rasa


Cara membuatnya :
1. Ikan disiang dan dipotong kecil
2. Gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian, perapkan selama15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing (angkat dan toskan minyak)
4. Tumis bawang (yang telah ditumbuk) dan halia (telah diketuk-ketuk atau dihiris halus)
5. Masukkan rempah dan lada hitam. Tumis sehingga naik minyak.
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam ikut sesedap rasa

* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.

0 comments: