Wednesday, May 18, 2011

Daging Goreng Ala Siam


Cadangan hidangan :
3-4 orang atau lebih
Masa penyediaan : 30 minit

Bahan bahan:
1 kilo daging (daging hendaklah direbus terlebih dahulu supaya ia lebih lembut)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
5 biji ubi kentang
Sedikit garam, gula, sos tiram secukup rasa.


Cara membuatnya :
1) Mula-mula panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris.
2) Bila terbit bau, masukkan ubi kentang
3) Kemudian masukkan 2 gelas air
4) Bila dah panas masukkan daging,gaulkan bersama gula ,garam dan sos tiram secukup rasa.
5) Sedia untuk dihidang.

2 comments:

Cik Puan Izan❤ said...

nampak sedap...resepi yg mudah utk di cuba nih...^^

MaSLiNa said...

sila la cuba.. kalo nak kuah pekat sket, mcm bese.. tambahkan je sikit campuran tepung jagung :D