Resepi sangat sesuai dimasak ketika berada dalam keadaan malas tahap melampau, tapi kene masak jugak sebab perut dah lapar. Resepi ini juga sesuai untuk adik2 yang tgh belajar kat kolej / dok kat umah sewa, yang teringin makanan sedap tapi nak save budget dari makan kat luar. Selamat mencuba..
Cadangan hidangan : untuk 1-2 orang
Masa penyediaan : 15 minit
Bahan-bahan :
Sebungkus Mi Maggie perisa Kari
2 biji Telur
Bawang merah (mengikut citarasa )
Cili padi / cili merah (mengikut citarasa )
Cara membuatnya :
1. Rebuskan mi Maggie tanpa memasukkan perencahnya terlebih dahulu kemudian toskan.
2. Campur kesemua bahan-bahan seperti mee Maggie yg telah direbuskan, telur, bawang, cili dan serbuk perencah Maggie ke dalam satu bekas.
3. Setelah siap mencampurkan kesemua bahan-bahan tersebut bolehlah terus mengoreng dengan menggunakan minyak yg sedikit sahaja ( macam kita goreng telur dadar )
0 comments:
Post a Comment