Cadangan hidangan : 2-3 orang
Masa penyediaan : 10 minit
Bahan-bahan :
500 gm daging (potong kecil supaya cepat dimasak/empuk)
1 inci halia (dihiris)
Sedikit kicap manis
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan serbuk perasa* secukupnya
Sedikit minyak
Info tambahan :
* Serbuk perasa yang boleh digunakan MAGGI Cukup Rasa atau Knorr Pasti Sedap. Boleh juga gunakan serbuk perasa dari brand lain.
** Jika anda tidak sempat untuk masak lauk sayur, bolehlah tambahkan potongan lobak merah, asparagus, cendawan, daun bawang, kacang panjang atau sayuran lain ke dalam resepi ini mengikut selera masing-masing. Secara tak langsung, resepi ini boleh dikategorikan sebagai '2 in 1 recipe'.
Cara membuatnya :
1) Tuangkan sedikit minta dan tunggu hingga panas. Masukkan halia dan tumis hingga kekuningan.
2) Masukkan daging dan kacau.
3) Bila dah sedikit masak masukkan kicap manis, serbuk lada hitam dan perisa secukupnya
4) Sedia untuk dihidang.
Monday, April 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hai..salam kenal...^__^
tak sangka daging boleh masak dlm 10 minit...thanks utk resepi...nti nak cuba...sblm ni mls betul nak msk daging sbb lmbt empuk...
Hi Cik Izan.. salam perkenalan..
Daging tu pastikan dihiris nipis supaya cepat masak.. lagi satu petua, kalo nak daging cepat empuk ialah gaulkan daging yang telah dihiris tu dgn sedikit gula pasir.. lagi cepat empuk kalo kita tutup kuali tu, sesekali buka baru kacau.. ni pengalaman saya :D
Post a Comment