Masa penyediaan : 20 minit
Bahan-bahan :
3 ketul dada ayam
2 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk perisa secukupnya
Breadcrumb untuk menyalut ayam
Cara membuatnya :
1. Potong dada ayam secara filet ( hanya isi sahaja ).
2. Perap ayam dengan serbuk lada hitam, serbuk perisa dan garam. Jika suka, perahkan sedikit limau nipis ke atas ayam untuk menghilangkan hanyir ayam.
3. Biarkan sebentar. Panaskan minyak ke dalam kuali. Minyak mestilah banyak untuk menggoreng secara deep fried. Pastikan minyak betul-betul panas.
4. Sementara itu pukul telur dengan garpu. Ambil filet ayam dan celupkan ke dalam telur.
5. Kemudian, golekkan filet ayam tadi ke atas breadcrumb dan gorengkan sehingga nugget bertukar warna keemasan.
p/s : kat pasaraya skang ada jual ayam dah siap tinggal isi mcm filet.. bleh cari kat Tesco atau Giant atau NSK
2 comments:
wow.kreatifnye.recipe nie buat sendiri ke ape.btw,good idea
cuba, jgn tak cuba ;)
Post a Comment